Adakah anda sentiasa berasa letih dan sesak nafas?
Ini boleh menjadi tanda penyakit jantung.
Dapatkan pemeriksaan jantung untuk memahami apa yang disyaratkan oleh jantung anda.

Adakah jantung saya memberitahu saya sesuatu yang saya patut tahu?
Adakah anda tahu bahawa sakit dada, sesak nafas, dan keletihan yang anda anggap sebagai tanda usia tua, mungkin juga berkaitan dengan jantung?
Segera berjumpa doktor jika anda mengalami sebarang gejala, ia boleh membantu anda mendapatkan diagnosis dan rawatan awal.
Bolehkah injap jantung diganti tanpa pembedahan jantung terbuka?
Bagaimana saya boleh memahami apa yang jantung saya katakan?
Jawapannya terletak pada gejala-gejala anda.
Sakit dada
Rasa tekanan pada dada anda walaupun anda duduk diam, tak melakukan apa-apa.
Sesak nafas
Memerlukan anda berehat untuk bernafas walaupun hanya berjalan jarak dekat.
Merasa pengsan
Pengsan semasa melakukan
rutin harian.
Kelemahan atau pening
Berasa letih dengan kerja rutin kerana pening kepala yang berterusan.
Letih
Berasa letih walaupun tidak melakukan
apa-apa.
Anda harus memerhatikan simptom ini yang menunjukkan stenosis injap aorta.
Pergi jumpa doktor anda secepat mungkin.
Jangan tunggu untuk memeriksa jantung anda. Lawati doktor anda hari ini!

Kekal maklum
Daftar untuk menerima maklumat e-mel daripada kami tentang stenosis injap aorta dan pilihan rawatan termasuk penggantian injap aorta transkateter (TAVI - Transcatheter Aortic Valve Implantation).
Rujukan
- Rostagno C. Heart valve disease in elderly. World J Cardiol. 2019; 11(2): 71–83.
- Mayo Clinic. Heart valve disease. Available at: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-valve-disease/symptoms-causes/syc-20353727. Accessed 5 May 2023.
- The Heart Foundation. Australia. What is heart valve disease. Available at: https://heartfoundation.org.au/bundles/your-heart/heart-valve-disease. Accessed 5 May 2023.
- Bartoli-Leonard F and Aikawa E. Front Cardiovasc Med. 2020; 7: 602271.
Maklumat keselamatan penting
Maklumat di laman web ini termasuk maklumat pendidikan tentang keadaan tertentu dan pilihan rawatan.
Pilihan rawatan atau terapi lain mungkin tersedia dan anda harus membincangkan maklumat yang anda dapat atas talian dengan profesional penjagaan kesihatan anda. Rawatan yang sesuai untuk setiap individu adalah perkara yang perlu diputuskan oleh profesional penjagaan kesihatan.